Penyelidikan & Penerbitan
Program & Latihan
Terapi Holistik
Kedai Warisan
Warisan Academy Centre, dahulunya dikenali sebagai Warisan Gerak Alif Resources telah dibangunkan sejak tahun 2013. Kami bukan sekadar sebuah akademi tetapi kami adalah sebuah hab interdisiplinari dinamik yang berdedikasi untuk penyelidikan, pemeliharaan, pemulihan warisan kuno, keilmuan asli, dan falsafah budaya dunia.
Perjalanan kami bermula dengan menjaga tradisi Melayu dan Nusantara, tetapi kini kami telah berevolusi ke arah misi global iaitu untuk menyemai kecintaan dan penghormatan terhadap legasi abadi setiap budaya, menggalakkan manusia untuk mengali semula asal usul spiritual, warisan, budaya dan keilmuan yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka.
Misi utama kami pada penerokaan dan pendokumentasian budaya, keilmuan, warisan dan tradisi yang terancam. Kami merekodkan sejarah lisan, mengkaji amalan nenek moyang, dan memelihara intipati warisan manusia. Kami bukan sahaja melindungi identiti Nusantara, malah pelbagai warisan & budaya Dunia.
Kami terlibat dalam penyelidikan yang serius dan berstruktur terhadap Metafizik, Mistikisme, Supernatural, dan Alam Ghaib. Kami meneroka kebenaran sejagat yang ada merentasi tamadun dan zaman. Melalui kajian perbandingan, kami berusaha untuk mendedahkan benang spiritual yang sama yang menghubungkan manusia melangkaui agama, geografi, atau era.
Kami beriltizam untuk memelihara Seni Beladiri Diri Tradisional lebih daripada sistem pertahanan diri. Kami menganggap ianya adalah falsafah budaya, warisan, identiti, baik dari segi pergerakan, keseimbangan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Di samping itu, kami juga beriltizam untuk menjaga serta mengkaji amalan Perubatan Tradisional yang telah berakar umbi dalam kaedah nenek moyang dan perubatan holistik di dalam memupuk keharmonian antara tubuh, minda, dan jiwa.
Melalui penulisan, pengajaran, dan penerbitan, kami bertindak sebagai jambatan antara ilmu kuno dan pemikiran moden. Inisiatif jangkauan dan pemeliharaan kami merangkumi pengedaran manuskrip langka, alatan tradisional, dan karya ilmiah dalam mempromosikan kesinambungan budaya sambil menarik minat audiens global.
Warisan Academy Centre kini berdiri sebagai cahaya bagi pencari kebenaran yang sejati, dalam menerangi titik pertemuan antara sejarah, kerohanian, warisan, budaya, dan identiti manusia.
Kami menjemput semua yang berminat dari setiap budaya, bangsa dan negara untuk menyertai kami dalam penjalanan ini, demi memelihara, meraikan, memartabat dan meneruskan warisan dunia yang tidak ternilai.
Menjadi peneraju global dalam kajian keilmuan tradisional dan pemahaman metafizik, bagi menginspirasi masyarakat dunia supaya menghargai warisan, mengenali asal usul, dan menyedari kebenaran sejagat yang menyatukan manusia.
Warisan Academy Centre komited dalam usaha penyelidikan, pemeliharaan, dan penyebaran ilmu tradisional tempatan serta antarabangsa yang bernilai sepanjang zaman.
Melalui inisiatif pendidikan, dokumentasi, dan pertukaran budaya, kami berperanan menghubungkan warisan silam dengan dunia moden, nyata dengan ghaib, ke arah pencerahan diri dan kefahaman sejagat.
Di Warisan Academy Centre, setiap gerak kerja kami berteraskan prinsip yang berpaksikan warisan, keilmuan, dan kefahaman sejagat.
Kami berpegang pada prinsip keaslian dengan memelihara serta menyebarkan ilmu dalam bentuk asalnya serta menghargai dan menghormati setiap tradisi, falsafah, dan ajaran menurut maksud sebenar yang diwariskan.
Kami meyakini bahawa warisan masa lalu tidak pernah hilang, sebaliknya ia terus berdenyut dalam diri manusia. Melalui usaha kami, keilmuaan kuno akan terus dipelihara agar terus memberi ilham kepada generasi masa depan.
Kami meraikan kesatuan yang lahir daripada kepelbagaian budaya. Setiap warisan, kepercayaan, dan tradisi kerohanian merupakan unsur penting yang membentuk keharmonian serta memperkaya pemahaman manusia sejagat.
Kami menjalankan penyelidikan dan pengajaran dengan penuh kejujuran, ketelusan, serta rasa hormat demi memastikan setiap penemuan berasaskan kejujuran dan fakta intelektual.
Kami mengakui bahawa hakikat ilmu sejati melampaui dunia fizikal. Kajian kami menghubungkan dimensi material dan metafizik bagi menyingkap hakikat kewujudan yang menyeluruh.
Penyelidikan kami bukan demi pangkat atau kuasa, tetapi bertujuan mengintegrasikan keilmuan moden dan kuno serta memperkasa kehidupan melalui hikmah yang ditinggalkan oleh para leluhur dan memberi kebaikkan kepada semua.