Warisan Academy Centre adalah lebih daripada sekadar sebuah institusi. Ia adalah manifestasi daripada minat yang mendalam dan kesungguhan dalam pencarian ilmu, yang mana akarnya telah mula terbina dengan teguh sejak tahun 2013.
Pada mulanya, keseluruhan usaha ini lahir daripada minat peribadi dan hobi ysng berada diluar kotak pemikiran mainstream, dan merangkumi pelbagai bidang yang mendalam seperti: Kajian Mistik, Perbandingan Agama, Keilmuan Melayu Purba (atau Keilmuan Kebatinan Melayu), Warisan, Budaya, Sejarah Dunia, Seni Beladiri Tradisional, Amalan Kesihatan Melayu (Senaman Melayu), Perubatan Tradisional Melayu, dan Metafizik.
Pencarian yang luas ini pada awalnya beroperasi di bawah nama Warisan Gerak Alif Resources, dan kini telah berkembang serta berevolusi menjadi Warisan Academy Centre.
Pada mulanya kajian dan pembelajaran ini adalah sebagai hobi tapi kini telah berubah menjadi Penyelidikan Serius yang didedikasikan untuk pembangunan manusia dan identiti diri. Kami percaya bahawa setiap individu membawa persoalan asas: Siapakah kita? Mengapa kita diciptakan? Dan apakah destinasi serta tujuan terakhir kita?
Warisan Academy Centre dibina atas matlamat membantu individu mencari Identiti Diri mereka yang sebenar, merangkumi pemahaman yang mendalam tentang Warisan, Budaya, dan Akar Umbi Nenek Moyang kita.
Inti pati utama pencarian kami adalah untuk menemukan Jalan Mengenal Pencipta dan Jalan Kembali. Sebagai sebuah akademi, kami serius dan komited sepenuhnya kepada jalan ilmu yang mulia ini.
Walaupun Warisan Academy Centre beroperasi sebagai inisiatif bebas, ia mengekalkan kerjasama aktif dengan Pertubuhan Perguruan Harimau Putih dalam mempromosikan pendidikan berasaskan warisan dan pemahaman budaya di Nusantara dan seterusnya Dunia.
Keluarga Kami
Jurulatih Seni Mempertahankan Diri Bertauliah oleh AKK-KBS
Sijil Pengiktirafan Kejurulatihan (SPKK) Silat oleh PESAKA
Jurulatih Bertauliah oleh PPHP
Pengamal Perubatan Tradisional
Sijil Pengiktirafan Kejurulatihan (SPKK) Silat oleh PESAKA
Pengamal Rawatan Alternatif
RNJ di GFC, FCSC, WKN
Penolong Jurulatih di PPHP
Master in Management
Penyelidik Budaya & Warisan
Sijil Pengiktirafan Kejurulatihan (SPKK) Silat oleh PESAKA
RNJ di GFC, FCSC, WKN
Penolong Jurulatih di PPHP
Pengamal Perubatan Tradisional
Penolong Jurulatih di PPHP
KHP dalam Silat & Perubatan Tradisional di PPHP
Pengamal Perubatan Tradisional
Juru Terapi Tradisional
KHP dalam Silat & Perubatan Tradisional di PPHP
Juru Terapi Tradisional
Penyelidik Supernatural
KHP dalam Silat & Perubatan Tradisional di PPHP
Pengamal Perubatan Tradisional
Juru Terapi Tradisional
Penolong Jurulatih di PPHP
KHP dalam Silat & Perubatan Tradisional di PPHP
Pengamal Perubatan Tradisional
Pendidikan Tidak Formal Warisan Keluarga
KHP dalam Silat & Perubatan Tradisional di PPHP
Diploma in Management Technology
Pengamal Rawatan Herba & Tradisional
Penyelidik Herba dan Penyakit Supernatural
Pendidikan Tidak Formal Warisan Keluarga dan Guru-Guru Tua
Seni Beladiri: Silat Seni Gayong & Silat Harimau Putih.
Mohd Izuan Bin Md Isa (Cikgu Wan)
Master Executive in Business Administration
Jurulatih Seni Mempertahankan Diri Bertauliah oleh AKK-KBS
Sijil Pengiktirafan Kejurulatihan (SPKK) Silat oleh PESAKA
Gurulatih di PPHP
RNJ di FCSC & GFC
Juru Terapi & Pengamal Perubatan Tradisional
Ketua Penyelidik
Honorary Ph.D in Metaphysics